Thursday, December 3, 2020

Zoom Fatigue: Adakah Remote Working Economy Berkesan?

 

1. Mula pandemik covid-19, Zoom tiba-tiba menjadi satu platform paling famous seantero dunia. Ramai yang kata dunia akan berubah ke arah virtual.

2. Salah seorang sahabat saya berkata, selepas tamatnya pandemik beliau akan meminta client untuk bermesyuarat dengan zoom sahaja. Jimat masa travel, toll, parking dan sebagainya.

3. Malah pada bulan April, CEO Morgan Stanley berkata di masa hadapan, bank tak perlukan 'real-estate' yang banyak untuk beroperasi. "We've proven we can operate with no footprint" katanya.

4. Ini sedikit sebanyak memberi isyarat kurang baik pada pasaran hartanah. Bayangkan kalau semua boleh bekerja secara remote, apa perlunya bangunan pencakar langit untuk menempatkan pekerja yang work-from-home?

5. Tapi itu bulan empat. Sekarang rata-rata dah sampai tahap tepu dengan melihat skrin. Dalam erti kata lain, ramai yang mengalami 'Zoom Fatigue'. Malah banyak CEO syarikat besar yang pada mulanya menyokong meeting secara virtual, rata-rata complain dengan virtual meeting.

6. Virtual meeting kebanyakkannya bersifat transactional, dan tidak meransang pemikiran kreatif. CEO JPMorgan Chase, Jamie Dimon berkata "there's no vital 'creative combustion' happening in virtual settings." Beliau menambah, "bringing people back to the office is paramount to fostering creativity."

7.  CEO Microsoft, Satya Nadella berkata, "Thirty minutes into your first video meeting in the morning, because of the concentration one needs to have on video, you're fatigued." 

8. Satya Nadella juga berkata, "What we as human beings need, want, seek ... is human contact." Kita manusia memerlukan perhubungan. Menurut Nadella, meeting secara 'virtual merely transactional.' Kreativiti dijana dalam casual conversation yang berlaku sebelum dan selepas mesyuarat, mungkin di pantry atau mungkin masa minum-minum selepas mesyuarat.

9. Malah banyak keputusan sebenarnya tidak dibuat dalam bilik mesyuarat. Dalam dunia sebelum covid, keputusan dibuat di padang golf, atau semasa teh tarik. Kadangkala mesyuarat sekadar untuk formalkan keputusan yang sudah dibuat.

10. Kajian juga menunjukkan produktiviti menurun 40% hasil daripada work-from-home. Gaji dibayar penuh, tetapi 60% sahaja produktiviti yang dijana.

11. Malah salah seorang Professor dari Standford Nicholas Bloom menulis artikel di CNBC, "The new remote work economy: A ‘productivity disaster’ and ‘ticking time bomb for inequality.’" Kata beliau, "A slump in productivity and innovation."

12. Beliau berhujah, "In-person collaboration is necessary for creativity, and my research has shown that face-to-face meetings are essential for developing new ideas and keeping staff motivated and focused."

13. Apa pandangan dan pengalaman anda setelah kita masuk bulan 12 menggunakan virtual setting sebagai the new norm? Adakah anda masih kreatif dan produktif berhubung melalui skrin, atau adakah anda merasakan sebaliknya? 

#johanirwan

Rujukan:

1. Time To Ditch Those Aweful Zoom Call, CEOs say

2. Microsoft's CEO is tired of working from home and he's not alone

3. When Everybody's Working At Home And The Magic Is Gone

4. Stanford professor on the new remote work economy: A ‘productivity disaster’ and ‘ticking time bomb for inequality’


1 comment:

  1. Hotel Grand Lisboa - Mapyro
    Grand Lisboa 동두천 출장마사지 is a hotel 과천 출장마사지 in 의정부 출장안마 Lisboa, Spain and 충청남도 출장마사지 is located at 3800 S. Flamingo 계룡 출장안마 Road. See map and check for a view of the picturesque hotel's. Rating: 8.3/10 · ‎5,937 votes · ‎Price range: $230

    ReplyDelete