Tuesday, April 28, 2020

Kepimpinan Jacinda Ardern Dalam Mengangani Krisis


New Zealand sudah menang!

Itulah yang diperkatakan oleh Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern. Nama pemimpin wanita ini menjadi sebutan selepas daripada peristiwa penembakan dalam masjid di Christchurch setahun lalu. Semenjak itu kepimpinan beliau menjadi perhatian dunia.

Sehingga hari ini New Zealand hanya ada 1,472 kes dan 19 kematian. Dan selepas hampir 5 minggu lockdown, New Zealand sudah mula menamatkan fasa 4 lockdown yang dikenakan. Ini satu pencapaian yang sangat baik berbanding kebanyakkan negara di dunia.

Berikut adalah 5 perkara tentang kepimpinan beliau mendepani cabaran Covid-19 di New Zealand:

1. Berani Buat Keputusan
New Zealand antara negara yang terawal mengenakan lockdown kepada rakyat beliau. Berdasarkan kajian Gallup dua traits yang 'non-negotiable as a leader' adalah:
i. Bring multipe teams together
ii. Make great decisions.
Seorang pemimpin perlu membuat keputusan yang terbaik berdasarkan situasi dan options yang ada. Untuk membuat keputusan yang baik beliau perlu mendengar dan mendapat pandangan (terutama dari DG Kesihatan Ashley Bloomfield), serta mengetahui prioriti.

Tuesday, April 21, 2020

Leadership Lessons dari DG Dr. Noor Hisham



Krisis sememangnya membuka peluang untuk melahirkan pemimpin. "Turbulent Times Build Better Leaders," kata Robin Sharma dalam buku beliau 'The Leader Who Had No Title.'

Salah seorang pemimpin yang menyerlah semasa krisis Covid-19 adalah Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, satu figura yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di sini saya ingin mengupas tentang kepimpinan Dr. Noor Hisham dalam mendepani krisis Covid-19.

1. Beliau seorang yang kompeten dan komited.

Dalam Situational Leadership Model ada dinyatakan dua perkara penting dalam readiness level adalah Competent dan Committed. Competent merujuk kepada pengalaman, kemahiran dan pengetahuan. Seorang yang kompeten membolehkan mereka melakukan tanggungjawab yang baik, manakala komitmen adalah faktor motivasi. Mereka yang komited akan pergi 'extra-mile' seperti apa yang beliau lakukan, kerja keras tanpa mengira waktu kerana komitmen beliau yang tinggi.

2. Beliau sentiasa kelihatan tenang dan penggunaan ayat yang merendah diri.

Beliau sentiasa memberikan kredit kepada team. Dalam surat yang beliau balas kepada Lara Khadijah McAfee yang tular, beliau menyatakan beliau tidak melakukan tugas keseorangan, sebaliknya beliau ada pasukan yang hebat bersama beliau untuk membantu negara. Ini apa yang dikatakan Level 5 Leadership. Dalam buku Good To Great tulisan Jim Collins, kajian beliau mendapati syarikat yang berjaya melompat (make the leap) dari Good to Great adalah syarikat yang ada Level 5 Leadership. Apa beza Level 4 dan Level 5? Satu perkara iaitu 'humility' (perasaan rendah diri). Level 4 mungkin leader yang bagus dan boleh deliver, tapi level 5 bukan sekadar bagus tetapi juga merendah diri.

3. Kuasa Komunikasi yang bagus.