Wednesday, December 30, 2015

#SayaPejuang ...adakah anda seorang pejuang???

Sahabat saya Ahyat sedang berkongsi tentang erti pejuang
Satu perkara yang dikongsikan dengan saya pada pagi ini adalah tentang perjuangan. Ramai yang menyebut tentang perjuangan, tetapi adakah mereka sedar apakah itu perjuangan?

Siapa itu pejuang?
Mengapa kita perlu jadi seorang pejuang?

Jawapan ringkas: Seorang pejuang tidak takut akan bahaya.

Seorang pejuang tidak akan menyerah kalah apabila keadaan menjadi sukar.
Bagaimana kita boleh ambil konsep ini dalam perniagaan? Ramai yang berpendapat 2016 adalah tahun yang sukar. Dengan kejatuhan nilai ringgit, kejatuhan harga minyak, peningkatan kos sara hidup, dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak jelas akan matlamat sudah tentu akan beralih arah dalam menjalankan apa juga perniagaan.

Tetapi seorang pejuang akan teruskan perjuangan mereka kerana ada sesuatu yang memberikan tenaga umpama dynamo di dalam badan. Mereka tidak akan keluar daripada masalah tersebut untuk mencari peluang yang lain, sebaliknya mereka akan terus memperjuangkan apa yang mereka perjuangkan selama ini, kerana mereka ada tujuan (Purpose). Tujuan inilah yang memberikan satu tenaga dari dalam - The BIG WHY.

Duit sebagai faktor motivasi?
Mungkin ramai menganggap duit adalah satu faktor motivasi. Saya bersetuju, tetapi saya tidak bersetuju sekiranya duit dianggap motivasi paling utama. Ungkapan 'cash is king' hanya benar dalam situasi-situasi tertentu.