Showing posts with label John C. Maxwell. Show all posts
Showing posts with label John C. Maxwell. Show all posts
Tuesday, April 21, 2020
Leadership Lessons dari DG Dr. Noor Hisham
Krisis sememangnya membuka peluang untuk melahirkan pemimpin. "Turbulent Times Build Better Leaders," kata Robin Sharma dalam buku beliau 'The Leader Who Had No Title.'
Salah seorang pemimpin yang menyerlah semasa krisis Covid-19 adalah Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, satu figura yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Di sini saya ingin mengupas tentang kepimpinan Dr. Noor Hisham dalam mendepani krisis Covid-19.
1. Beliau seorang yang kompeten dan komited.
Dalam Situational Leadership Model ada dinyatakan dua perkara penting dalam readiness level adalah Competent dan Committed. Competent merujuk kepada pengalaman, kemahiran dan pengetahuan. Seorang yang kompeten membolehkan mereka melakukan tanggungjawab yang baik, manakala komitmen adalah faktor motivasi. Mereka yang komited akan pergi 'extra-mile' seperti apa yang beliau lakukan, kerja keras tanpa mengira waktu kerana komitmen beliau yang tinggi.
2. Beliau sentiasa kelihatan tenang dan penggunaan ayat yang merendah diri.
Beliau sentiasa memberikan kredit kepada team. Dalam surat yang beliau balas kepada Lara Khadijah McAfee yang tular, beliau menyatakan beliau tidak melakukan tugas keseorangan, sebaliknya beliau ada pasukan yang hebat bersama beliau untuk membantu negara. Ini apa yang dikatakan Level 5 Leadership. Dalam buku Good To Great tulisan Jim Collins, kajian beliau mendapati syarikat yang berjaya melompat (make the leap) dari Good to Great adalah syarikat yang ada Level 5 Leadership. Apa beza Level 4 dan Level 5? Satu perkara iaitu 'humility' (perasaan rendah diri). Level 4 mungkin leader yang bagus dan boleh deliver, tapi level 5 bukan sekadar bagus tetapi juga merendah diri.
3. Kuasa Komunikasi yang bagus.
Labels:
#johanirwan,
basic principle,
colored brain,
Decisions,
Influence,
John C. Maxwell,
komunikasi,
Komunikasi Warna,
Leadership,
Robin Sharma
Sunday, February 9, 2014
KISS: Keep it Simple
Prinsip KISS pada mulanya diperkenalkan oleh Tentera Laut Amerika (American Navy) pada tahun 1960. KISS merupakan singkatan, "Keep it Simple, Stupid!" Konsep ini menyatakan sesebuah sistem itu akan lebih berkesan sekiranya ia dibuat secara mudah, berbanding dengan sesuatu yang kompleks.
Ada juga yang menggelarkannya, "Keep it Simple and Straightforward," dan ""Keep it Stupidly Simple" dan beberapa akronim yang lain. Hakikatnya, ia menggalakkan kita menjadikan sesuatu itu mudah.
NLP - Yang susah dimudahkan
![]() |
Frog Into Princes |
Sebelum saya mendapatkan pentauliahan sebagai pengamal Neuro-Linguistic Programming (NLP Practitioner), saya banyak membuat kajian mengenai subjek tersebut. Saya cuba untuk mendapatkan sebanyak mungkin risalah, laman web, video di Youtube dan Torrent, dan beberapa e-book. Dan salah satu e-book yang saya jumpai berjudul "Frogs Into Princes" antara buku terawal ditulis oleh Richard Bandler dan John Grinder, pengasas kepada NLP. Sekiranya anda pernah melihat buku ini, ianya ditulis dalam keadaan penuh dengan tulisan dan tidak nampak sebarang hujung pangkal dalam setiap bab yang ditulis. Saya mula terfikir, mereka mengasaskan NLP, tetapi tidak menggunakan NLP dalam penulisan mereka.
![]() |
Anthony Robbins |
Pelajaran yang saya dapat daripada perbualan dengan salah seorang rakan yang berasal dari Chicago pada minggu lepas adalah dengan menjadikan sesuatu itu sangat mudah. Bandler dan Grinder walaupun pengasas kepada NLP, mereka hanya berjaya menjana jutaan dollar daripada mengajar ilmu tersebut, tetapi Anthony Robbins pula menjana ratusan juta dollar mengajar ilmu yang mana beliau mengambil konsep NLP dan memudahkannya supaya mudah diikuti dan dipelajari oleh orang ramai. Maksud saya, bukanlah wang ringgit perlu jadi ukuran, tetapi berapa ramai yang sanggup bayar dan mendapatkan manfaat sekiranya seseorang itu dapat menyampaikannya dengan mudah. Anthony Robbins merupakan salah seorang yang memahami konsep tersebut, dan mengaplikasikannya.
Dunia Teknologi Maklumat
Dalam dunia IT, Google merupakan enjin carian yang paling popular kerana ianya mudah berbanding pesaing yang lain seperti Yahoo! Laman web mudah.my juga lebih banyak dikunjungi daripada eBay ataupun Lelong.my di Malaysia bukan kerana ciri-ciri atau fungsi yang ada pada mudah.my, tetapi interface yang mudah digunakan.
![]() |
Keynote iPhone pada 2007 |
Kejayaan iPhone menjadi peneraju telefon pintar juga sepertimana pembentangan Keynote Steve Jobs pada tahun 2007 adalah dengan menjadikan telefon itu sangat berkuasa dan sangat mudah digunakan, berbanding telefon pintar yang lain pada masa itu, walaupun berkuasa tetapi sangat sukar digunakan. Konsep ini akhirnya ditiru oleh jenama-jenama lain kerana ianya sangat mudah untuk digunakan oleh pengguna.
Labels:
basic principle,
John C. Maxwell,
mudah,
NLP,
Simple,
Steve Jobs,
Think Different
Saturday, February 1, 2014
Law of the Lid - Everything Rises and Falls on Leadership

"Everything rises and falls on Leadership" - John C. Maxwell
Not something, not most of the thing... it's everything...
That is why, for most non-performing organization, the only way to increase the performance is only by raising up the leadership capability, or replace the leadership role with more capable leaders. For a performing organization, when we replace the leader with less capable leader, the organization performance will fall to align with the leader's capability.

Labels:
basic principle,
Business,
Influence,
John C. Maxwell,
Leadership,
Steve Jobs,
Strategy
Subscribe to:
Posts (Atom)