Tuesday, April 21, 2020

Leadership Lessons dari DG Dr. Noor Hisham



Krisis sememangnya membuka peluang untuk melahirkan pemimpin. "Turbulent Times Build Better Leaders," kata Robin Sharma dalam buku beliau 'The Leader Who Had No Title.'

Salah seorang pemimpin yang menyerlah semasa krisis Covid-19 adalah Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, satu figura yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di sini saya ingin mengupas tentang kepimpinan Dr. Noor Hisham dalam mendepani krisis Covid-19.

1. Beliau seorang yang kompeten dan komited.

Dalam Situational Leadership Model ada dinyatakan dua perkara penting dalam readiness level adalah Competent dan Committed. Competent merujuk kepada pengalaman, kemahiran dan pengetahuan. Seorang yang kompeten membolehkan mereka melakukan tanggungjawab yang baik, manakala komitmen adalah faktor motivasi. Mereka yang komited akan pergi 'extra-mile' seperti apa yang beliau lakukan, kerja keras tanpa mengira waktu kerana komitmen beliau yang tinggi.

2. Beliau sentiasa kelihatan tenang dan penggunaan ayat yang merendah diri.

Beliau sentiasa memberikan kredit kepada team. Dalam surat yang beliau balas kepada Lara Khadijah McAfee yang tular, beliau menyatakan beliau tidak melakukan tugas keseorangan, sebaliknya beliau ada pasukan yang hebat bersama beliau untuk membantu negara. Ini apa yang dikatakan Level 5 Leadership. Dalam buku Good To Great tulisan Jim Collins, kajian beliau mendapati syarikat yang berjaya melompat (make the leap) dari Good to Great adalah syarikat yang ada Level 5 Leadership. Apa beza Level 4 dan Level 5? Satu perkara iaitu 'humility' (perasaan rendah diri). Level 4 mungkin leader yang bagus dan boleh deliver, tapi level 5 bukan sekadar bagus tetapi juga merendah diri.

3. Kuasa Komunikasi yang bagus.

Komunikasi yang baik memberi kuasa. Saya sentiasa menantikan sidang media beliau jam 5 petang untuk update terkini. Selain tenang dalam menjawab soalan, beliau sentiasa menggunakan perkataan mudah, boleh difahami dan mengulangi perkara yang asas. Daniel Pink, penulis buku best-seller menerangkan ucapan yang baik mempunyai 3 elemen - Brevity, Levity and Repetition. Mungkin elemen Levity kurang sesuai dalam konteks serious, tetapi beliau menggunakan dengan baik Brevity dan Repetition - ucapan dengan bahasa mudah dan perkara penting diulang-ulang.

4. Sentiasa Update status terkini.

Beliau menggunakan pelbagai platform untuk berkomunikasi dan memberikan maklumat terkini. Teringat saya kata En. Sabri Rawi dari Iclif Leadership and Governance Center berkata, beliau seringkali melihat pemimpin gagal kerana kurang berkomunikasi, tetapi beliau tidak pernah melihat pemimpin gagal kerana terlebih berkomunikasi. Kata beliau lagi, sekiranya anda rasa anda sudah cukup berkomunikasi, berkomunikasi lagi.

5. Beliau seorang yang authentic

Authentic boleh diterjemahkan sebagai keaslian. Bill George menulis dalam buku beliau 'Discover Your True North' - "Today authenticity is seen as the gold standard for leadership." Beliau jadi diri beliau yang sebenar. Dari konteks Komunikasi Warna buku karangan saya, saya menjelaskan tentang Colored Brain dan authenticity. Beliau seorang Red Brain, dan beliau bertindak seperti seorang Red Brain. Bercakap menggunakan fakta dan nombor, serta membuat keputusan berdasarkan analisa fakta. Beliau tidak perlu menunjukkan empathy terlebih (ciri Blue Brain) atau berkarisma dalam ucapan beliau (ciri Green Brain). Beliau jadi diri beliau yang sebenar.


Bagi saya beliau pemimpin yang boleh kita contohi dan banyak lagi sifat kepimpinan yang boleh kita pelajari dari beliau. Bila beliau bersuara semua orang dengar kerana beliau mempuyai pengaruh yang kuat. Kata-kata beliau boleh mempengaruhi keputusan kerajaan dan memenangi hati rakyat. Kerana Leadership is about Influence. Kata John Maxwell, "The true measure of leadership is influence. Nothing more, nothing less."

Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada DG Datuk Noor Hisham Abdullah. Semoga beliau sentiasa diberikan kekuatan untuk memimpin dan beliau sentiasa diberikan Allah kesihatan. Mari kita menunaikan hajat beliau dengan memberikan hadiah istimewa atas permintaan beliau dengan kekal duduk dirumah dan amalkan kebersihan yang tinggi.

#johanirwan #leadership #komunikasiwarna

No comments:

Post a Comment