Showing posts with label Tipping Point. Show all posts
Showing posts with label Tipping Point. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

Inspirasi dari pengasas EMKAY Group - Tan Sri Mustapha Kamal

Tan Sri Datuk (Dr) Mustapha Kamal merupakan salah seorang yang tidak asing lagi dalam dunia hartanah di Malaysia. Beliau merupakan pengerusi EMKAY Group, MK Land Holdings Berhad, Setia Haruman Sdn Bhd dan beberapa buah syarikat yang lain. Pada 26 Oktober 2013, Yayasan Universiti Multimedia telah dijemput untuk ke sebuah sesi bersama Tan Sri MK dan saya bersyukur kerana berpeluang untuk turut serta dalam lawatan tersebut. Seramai 37 pelajar menghadiri sesi yang penuh dengan inspirasi ini.

Tan Sri merupakan seorang yang sangat rendah diri. Beliau membahasakan dirinya sebagai Pak Cik kepada pelajar-pelajar. Beliau memberikan beberapa nasihat yang beliau rasakan perlu untuk beliau sampaikan kepada anak-anak muda. Disini suka untuk saya berkongsi dengan rakan-rakan pembaca untuk manfaat bersama.

Sebagai Manusia kita mempunyai nikmat berupa pilihan
Antara nikmat yang dinikmati oleh semua manusia ialah kita boleh buat pilihan. Dalam kehidupan, bermacam-macam pilihan yang boleh kita buat. Dan setiap pilihan yang kita buat akan menentukan siapa kita.
"The choice you make, makes you."
Dunia diluar sana adalah dunia yang kejam. Mereka tidak memandang sekiranya anda tidak mempunyai nama, jawatan dan pangkat. Itulah realitinya.

Cara Mencari Rezeki Yang Halal
Terdapat dua cara untuk mencari rezeki yang halal:
1. We have to do - kita perlu buat.
2. We want to do - kita mahu buat.

Sekiranya kita memilih what we  want to do, ianya less stressful. Kurang tekanan dan kita boleh hadapi segala cabaran kerana kita ingin membuatnya. Bukan terpaksa membuatnya.

Self-motivated
Sekiranya kita membuat sesuatu berdasarkan what we want to do kita akan bermotivasi secara sendirinya. What we want to do sangat berkait rapat dengan bakat semulajadi. Setiap orang ada bakat semulajadi. Cuba kita suruh Dato' Nicole David bermain badminton. Walaupun sama seperti skuasy memegang reket, beliau mungkin tidak boleh bermain dengan baik, sebaik beliau bermain skuasy. Sama juga kesnya sekiranya kita menyuruh Dato' Lee Chong Wei bermain skuasy.