Friday, December 4, 2020

Bagaimana Nak Tingkatkan Prestasi Pekerja?


Baru-baru ini saya buat sesi coaching dengan salah sebuah corporate client. Ada beberapa slot yang saya sempat bertemu bual dalam coaching conversation. Salah sebuah peserta pada waktu pagi ada mengatakan beliau hanya menyumbang separuh sahaja komitmen semasa bekerja. Dan apabila saya tanya apa menyebabkan separuh sahaja, dia kata sebab bos dia.

Sebelah petang pula, dalam sesi yang berbeza ada seorang yang berkongsi dengan saya yang beliau sangat bersemangat untuk bekerja. Malah beliau sanggup bekerja lebih lagi kerana bos beliau sangat supportive dan memahami.

Apa yang menarik dengan kedua contoh ini adalah faktor kenapa mereka perform adalah bos mereka.

Gallup ada menulis buku hasil kajian terbesar mereka lakukan di peringkat global berkenaan 'The Future of Work' - tajuknya "It's The Managers" - Gallup Finds that the quality of managers and team leaders is the single biggest factor in your organization's long term success. 

Sebelum ini saya banyak membaca hasil survey faktor tertinggi kenapa seseorang itu resign daripada syarikat adalah kerana boss mereka. Pendek kata, boss adalah punca dan sekiranya kita dalam jawatan yang ada anak buah, kejayaan dan prestasi kerja anak buah kita sangat bergantung kepada kita.

Dalam video ini saya mengupas lebih lanjut kenapa kita ada ramai bos yang apa saya gelar 'bad boss' dan satu perkara yang boleh kita lakukan untuk menjadikan manager lebih baik agar mereka dapat memimpin anak buah mereka untuk menjadi top performer dalam organisasi mereka.


#johanirwan


Ringkasan video:


0:05
- Introduction 0:28 - 2 pekerja organisasi sama pengalaman berbeza prestasi berbeza 2:20 - Faktor yang mempengaruhi prestasi pekerja 3:05 - 3 sebab kenapa seseorang itu dinaikkan pangkat 5:15 - Satu tindakan yang managers boleh lakukan menurut cadangan dari Gallup 6:30 - Apa yang membuatkan seseorang itu mendapat kepuasan dalam bekerja 8:00 - Kesimpulan

No comments:

Post a Comment