Friday, August 28, 2020

Merdeka dan Ketuanan Melayu

File:Bendera-hari-merdeka-malaysia-31-ogos-cuti-umum.jpg

31 Ogos 1957, laungan MERDEKA! oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Kelab Selangor disambut oleh ribuan rakyat Malaysia yang berhimpun di sana. Ia merupakan titik tolak di mana Malaysia mencapai kemerdekaan.  Ya, kita bebas daripada dibelenggu penjajah. Itulah sejarah yang telah tertulis dan setiap tahun kita menyambut kemerdekaan sebagai peringatan kepada peristiwa tersebut.

Bagi kebanyakkan orang, merdeka bererti kita bebas. Kita bebas daripada cengkaman penjajah. Kita bebas mengurus tadbir negara kita sendiri. Kita bebas menentukan halatuju negara. Tetapi adakah kita akan selamanya bebas. Persoalan yang saya sering bertanya kepada diri saya sendiri, adakah kita tidak akan lagi dijajah?

Mari kita rujuk semula sejarah, kenapa negara kita dijajah? Sejak tahun 1511 sebenarnya kita dijajah kerana satu faktor utama. Melaka sebagai kerajaan sebelum itu merupakan satu kerajaan yang masyhur malah empayar Melaka berkembang pesat dimana pada zaman kegemilangannya sewaktu diperintah oleh Sultan Mansur Shah dari tahun 1459 sehingga tahun 1477. 

Hanya dalam tempoh singkat selama 34 tahun, empayar Melaka yang begitu masyhur telah dijajah oleh armada Portugis yang pada ketika itu dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque. Maka bermulalah episod penjajahan di Tanah Melayu sehingga kita menikmati kemerdekaan pada tahun 1957. 

Kenapa kita dijajah? 

Salah satu faktor utama adalah kepimpinan. "Everything rises and falls on leadership" kata John C. Maxwell. Beliau menyambung, "Not something, not most of the thing, but everything." Jatuh bangun segala sesuatu adalah kerana kepimpinan.

Ya benar, kita sudah merdeka. Tetapi apakah erti kemerdekaan sebenar. Kita hidup pada abad ke-21, dunia tidak lagi dijajah oleh kuasa-kuasa besar melalui penaklukan kerajaan. Kini kita lebih terdedah untuk dijajah dalam pelbagai faktor. 

Lihat sahaja apa yang berlaku di Sri Lanka. Semasa zaman pemerintahan Mahinda Rajapaksa, beliau membuat keputusan untuk membina pelabuhan di Hambantota dan meminjam wang yang banyak daripada China, Walaupun menyedari lokasi pelabuhan kurang berpotensi untuk berdaya maju. 

Selepas sarat dengan hutang, Sri Lanka tidak dapat menjelaskan hutang mereka dengan China dan kini pelabuhan tersebut menjadi milik China. Tidak cukup dengan itu, atas tekanan hutang 15,000 ekar tanah juga terpaksa dipajak kepada kerajaan China selama 99 tahun. Ini antara salah satu contoh penjajahan berlaku pada zaman kini. Walaupun Rajapaksa tidak lagi memerintah, pemerintah seterusnya terpaksa menguruskan isu legasi yang ditinggalkan oleh pemerintah terdahulu.

Kita boleh bercakap tentang kegemilangan kita pada masa yang lepas. Betapa hebatnya bangsa kita, tanah air kita. Tetapi perkara yang lepas sudah pun berlalu. Kita sebenarnya penentu masa depan negara kita. 

Tak perlu kita berdemonstrasi menuntut hak. Sebaliknya sekiranya kita mempunyai kuasa pengaruh yang baik, kita dapat memimpin dengan baik, kita akan mendapat hak kita dan kita akan dihormati oleh dunia. 

Hanya kita yang boleh menggemilangkan bangsa kita. Teringat saya kata-kata seorang sahabat saya, "Cukuplah orang melayu bercakap pasal ketuanan melayu. Jadilah tuan ditanah air sendiri." Dan apa yang dimaksudkan beliau, jadilah seorang pemimpin yang hebat dan kita akan diangkat menjadi tuan. Jangan serahkan tugas memimpin kepada orang lain. Buatlah keputusan untuk menjadi pemimpin, dan kita boleh menjadi tuan ditanah air sendiri.

#johanirwan

1 comment:

  1. CalMatters is a nonprofit newsroom and your tax-deductible 카지노사이트 donations help us maintain bringing you and every Californian essential, nonpartisan information. Animal welfare advocates have taken problem with the sport, especially after a spike in horse deaths on the Santa Anita horse race observe in 2019. Forty-two horses died at that observe alone that year, causing concern and spawning regulatory change. State lawmakers made it easier for the state to droop racing licenses.

    ReplyDelete