Friday, August 28, 2020

Merdeka dan Ketuanan Melayu

File:Bendera-hari-merdeka-malaysia-31-ogos-cuti-umum.jpg

31 Ogos 1957, laungan MERDEKA! oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Kelab Selangor disambut oleh ribuan rakyat Malaysia yang berhimpun di sana. Ia merupakan titik tolak di mana Malaysia mencapai kemerdekaan.  Ya, kita bebas daripada dibelenggu penjajah. Itulah sejarah yang telah tertulis dan setiap tahun kita menyambut kemerdekaan sebagai peringatan kepada peristiwa tersebut.

Bagi kebanyakkan orang, merdeka bererti kita bebas. Kita bebas daripada cengkaman penjajah. Kita bebas mengurus tadbir negara kita sendiri. Kita bebas menentukan halatuju negara. Tetapi adakah kita akan selamanya bebas. Persoalan yang saya sering bertanya kepada diri saya sendiri, adakah kita tidak akan lagi dijajah?

Mari kita rujuk semula sejarah, kenapa negara kita dijajah? Sejak tahun 1511 sebenarnya kita dijajah kerana satu faktor utama. Melaka sebagai kerajaan sebelum itu merupakan satu kerajaan yang masyhur malah empayar Melaka berkembang pesat dimana pada zaman kegemilangannya sewaktu diperintah oleh Sultan Mansur Shah dari tahun 1459 sehingga tahun 1477. 

Hanya dalam tempoh singkat selama 34 tahun, empayar Melaka yang begitu masyhur telah dijajah oleh armada Portugis yang pada ketika itu dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque. Maka bermulalah episod penjajahan di Tanah Melayu sehingga kita menikmati kemerdekaan pada tahun 1957. 

Kenapa kita dijajah? 

Thursday, August 27, 2020

Nak Berjaya? Carilah Mentor! Tapi Kenapa, dan Bagaimana?


Nak berjaya? Carilah mentor!

Itu antara ungkapan yang mungkin seringkali kita dengar. Tidak dapat disanggah, kebanyakkan orang yang berjaya mempunyai mentor mereka tersendiri. Satu persoalan yang perlu kita tanya juga adalah apa ciri-ciri mentor yang baik dan apa yang menyebabkan hubungan mentor-mantee (atau sesetengah memanggil protege) berjaya?

Satu kajian yang dijalankan oleh Brian Uzzi, seorang Professor Management and Organization dari Kellog School of Management merungkai apa yang membuatkan seseorang itu berjaya dengan panduan daripada mentor.

Dapatan daripada mereka memang benar, hubungan mentor-mantee akan memberikan manfaat dalam kejayaan seseorang mantee. Salah satu tanggapan salah tentang hubungan mentor dan mantee adalah mentor memainkan peranan aktif dalam memberikan tunjuk ajar dan mentee pula seperti span yang menyerap. Ini tidak menjadikan hubungan mentor-mantee yang baik. Mentorship bukan hubungan satu hala, malah mantee mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menentukan kejayaan mereka. Dalam ertikata lain, sehebat manapun mentor, sekiranya mentee tak bertanggungjawab mentee tidak akan kemana. Oleh itu, pada pendapat saya sekiranya seseorang mentee berjaya, mentor tak perlu ambil 100% kredit atas kejayaan mereka, sebab mentee juga adalah penentu utama kejayaan mereka.

Apa perlunya mentor sedangkan kita ada banyak maklumat daripada internet dan buku-buku yang banyak daripada orang-orang yang berjaya?

Satu istilah paling penting untuk kita memahami peranan mentor. Mentor bukan sahaja berkongsi ilmu biasa, tetapi mereka berkongsi satu perkara yang dipanggil Tacit Knowledge.