Friday, June 26, 2020

5 Pengajaran Kepimpinan Dari Covid-19

Kepimpinan Donald Trump vs Jacinda Ardern


Krisis merupakan satu peluang untuk kita melihat keberkesanan dalam kepimpinan. Sangat mudah untuk kita memimpin sekiranya semua dalam keadaan terkawal, tiada masalah bajet, semua orang dalam keadaan happy. Tetapi ujian sebenar seorang pemimpin adalah ketikamana krisis melanda.

Mengambil contoh dua orang pemimpin dunia, kita dapat menilai kesan daripada kepimpinan mereka. Amerika sebuah negara kuasa besar dunia, yang mempunyai kuasa ekonomi, ketenteraan dan sebagainya, dipimpin oleh Donald Trump. Namun kita dapat melihat bagaimana kesan Amerika yang dipimpin beliau terutama sejak Covid-19 mula menular di seluruh dunia.

Berbeza dengan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern. Tahun lepas dengan krisis pembunuhan golongan Muslim di masjid, dan tahun ini beliau sekali lagi mengemudi New Zealand dengan baik daripada wabak Covid-19. Beliau membuktikan bahawa kepimpinan beliau berkesan krisis demi krisis.

5 pengajaran yang saya dapat simpulkan daripada dua pemimpin negara ini adalah:

1. Kepimpinan tidak ditentukan oleh jantina. Wanita juga boleh memimpin dengan baik. Anda tak perlu untuk jadi lelaki maskulin untuk memimpin dengan baik.

2. Pengalaman tidak memberi jaminan anda boleh memimpin. Anda tidak memerlukan pengalaman berpuluh-puluh tahun. Seorang pemimpin muda berusia 39 tahun juga boleh memimpin negara dengan baik.

3. Menjadi seorang billionaire bukan bermaksud anda boleh memimpin dengan baik. Duit memang boleh membeli banyak benda, termasuk membeli orang. Tetapi kepimpinan tidak boleh dibeli.

4. Anda tak perlu menjadi seorang yang dominan untuk menjadi seorang pemimpin. Anda masih boleh memimpin dengan baik sambil menunjukkan sifat compassion (kasih sayang).

5. Sebagai pemimpin anda perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku, walaupun masalah bukan berpunca dari anda. Satu cara untuk mengenalpasti orang yang tidak bertanggungjawab adalah apabila mereka mula menyalahkan orang lain apabila masalah timbul.

Kita juga boleh memimpin, dalam apa jua kapasiti yang kita ada sekarang. Dunia memerlukan lebih ramai pemimin dan anda boleh menjadi sebahagian daripadanya.

Untuk bacaan lanjut kepimpinan Jacinda Ardern, sila rujuk: http://www.johanirwan.com/2020/04/kepimpinan-jacinda-ardern-dalam.html

#johanirwan

No comments:

Post a Comment