Wednesday, May 27, 2020

Bagaimana Nak Motivasikan Diri? - Interrogative Self Talk




"I can do it!"
"I'm the best! We are the best!"
"Yes we can!"

Ini antara kaedah yang biasa kita dengar bagaimana untuk memotivasikan diri.
Kaedah ini dipanggil affirmation atau kalau kita bercakap dalam hati ia digelar declarative self-talk.

Tetapi menurut kajian, ini bukanlah kaedah yang terbaik dalam memotivasikan diri. Ada kaedah yang lebih baik. Ini yang diterangkan oleh Daniel Pink dalam bukunya To Sell Is Human.

Buku ini berkisarkan tentang Sales atau Jualan dan buku ini banyak memberikan cadangan kaedah yang mempunyai asas saintifik, bukan seperti kebanyakkan buku Sales yang hanya berdasarkan pengalaman orang yang buat sales. Ialah, kalau orang tu secara semulajadi memang dah ada bakat buat sales, mereka akan mencadangkan kaedah yang berkesan buat mereka tapi mungkin tak berkesan buat orang lain. Contohnya orang yang extrovert akan mencadangkan pergi jumpa orang, bila orang introvert dengar - hahhh... nak kena jumpa orang? Kalau macam ni letih la nak buat sales.

Tuesday, May 5, 2020

Perlukah Kita Membantu?

1. Membantu orang memang amalan mulia. Tapi kajian menunjukkan membantu orang bukan hanya memberi manfaat kepada orang yang dibantu tetapi juga yang membantu.

2. Satu kajian berjudul "Helper's High" menunjukkan sekiranya kita membantu, kita sebenarnya yang rasa happy. Ini disebabkan oleh hormon dalam badan seperti oxytocin dan vesopressin.

3. Apatah lagi apabila orang yang dibantu menghargai dan mengucapkan kesyukuran, kegembiraan akan datang berganda.

4. Kajian ini juga mendapati bukan sahaja kita membantu secara volunteer, memberikan sumbangan wang ringgit, malah sekiranya kita terfikir sahaja untuk membantu pun kita sudah mendapat kesan yang sama. Dalam Islam, kalau kita niat baik walaupun tak buat kita masih dapat pahala.