Monday, March 25, 2019

Komunikasi Warna - Perjalanan Penuh Liku


Komunikasi Warna telah diterbitkan pada Januari 2019. Tetapi perjalanan buku ini sebenarnya bermula pada tahun 2013 lagi.

Selepas saya membuat keputusan untuk berhenti kerja, salah satu KPI yang saya tetapkan untuk diri saya adalah dengan menulis sebuah buku. Pagi petang siang malam saya bertungkus lumus menulis. Bahkan saya masih ingat, semasa menunggu kereta diservis, saya bersama laptop menulis buku pada ketika tersebut.

Selepas siap menulis, saya pun pergi mencuba nasib kepada penerbit buku. Ada beberapa yang saya cuba untuk berhubung. Kebanyakkan tidak memberikan maklum balas. Dan salah satu daripadanya apabila saya menelefon pejabat, mereka bertanyakan manuscript. Saya jawab saya boleh emailkan. Sebelum itu, beliau bertanya penulisan saya berkenaan apa? Jawab saya Colored Brain. Terus beliau merespond, tajuk kamu ni tak boleh dijual. Saya kata, tapi puan belum tengok manuscript saya lagi. Katanya, takpe lah. Sebab tajuk kamu tu memang tak boleh dijual.

Tahun 2014, atas undangan salah seorang sahabat, saya menghadiri Open House Raya beliau di Shah Alam. Dan salah seorang jemputan beliau adalah pengasas kepada syarikat penerbit tadi. Saya pun sangat ghairah kerana beliau duduk makan di sebelah saya yang kebetulan kosong pada ketika itu.