Thursday, December 20, 2018

Lima Tahun Lepas


Hari ini lima tahun yang lepas saya membuat satu keputusan yang besar dalam hidup saya - untuk melepaskan jawatan saya. Walaupun hari ini merupakan hari terakhir saya berkhidmat, saya dah berikan notis 3 bulan lepas dan saya ada dua bulan cuti yang saya tidak gunakan. Begitulah saya dahulu, bukan setakat banyak cuti yang tidak diambil, malah sering balik lewat atas urusan kerja.

Saya masih teringat sebelum saya menyerahkan surat perletakan jawatan, saya agak ragu-ragu dengan tindakan saya. Mana taknya, nak melepaskan jawatan yang selesa dalam keadaan saya memang langsung tidak bersedia untuk berhenti kerja. Isteri saya tidak bekerja. Anak sudah dua, yang sulung akan masuk sekolah tadika. Simpanan pula sudah hampir habis kerana dua tahun sebelum, saya baru beli rumah. Tahun sebelum itu wang saki baki saya belanjakan untuk persijilan NLP dan Colored Brain. Kad kredit pula sudah mencecah lima angka. Dah la hutang keliling pinggang, tiada projek yang secure. Saya juga tidak mencari client kerana bimbang conflict of interest dengan jawatan yang saya pegang pada ketika itu.

Namun, saya tekadkan dan serahkan surat notis pada CEO pada ketika itu. Semasa exit interview, bos bertanya “what if you didn’t make it?” Jawab saya selamba, kalau saya gagal isteri dan anak saya hantar balik ke kampung. Rumah boleh saya jual, dan paling teruk saya akan tidur bawah jambatan. Dan of course selepas itu saya pasti bangkit semula. Entah kenapa saya berikan jawapan semacam itu, tetapi saya masih dapat rasakan conviction saya pada ketika itu.

Wednesday, December 19, 2018

Zaman Berubah - Adakah Cara Kita Berubah?


1. Pada zaman pertanian, kebanyakkan orang bekerja sebagai petani. Pada zaman tu kebanyakkan orang bekerja di ladang dan sawah bendang. Mereka menggunakan kekuatan fizikal. Siapa lebih kuat fizikal, mereka lebih berjaya dalam kerjaya. Zaman ini apa yang saya gelar zaman fizikal.

2. Selepas zaman perindustrian, manusia mula untuk berfikir. Banyak perkara dicipta untuk memudahkan pekerjaan. Mereka yang berkemahiran dalam mengendali mesin lebih mudah berjaya. Kekuatan fizikal tidak lagi relevant ketika itu.

3. Bila syarikat menjadi besar, manusia terpaksa berfikir untuk menguruskan organisasi. Pada zaman informasi, kepintaran seseorang akan menjadikan mereka berjaya. Pada zaman informasi, mereka yang mempunyai pendidikan lebih mudah berjaya berbanding yang berkemahiran. Pada zaman tersebut, paper qualification sangat penting kerana ia membezakan siapa yang berilmu. Kemahiran vokasional sudah menjadi kurang penting berbanding mereka yang mendapat pendidikan tinggi di universiti. Zaman ini apa yang saya gelar zaman mental atau kognitif. IQ sangat penting.

4. Sekarang zaman sekali lagi berubah. Zaman sekarang informasi menjadi komoditi. Mesin mula mengambil tugas manusia untuk berfikir secara intelektual. Big data dan analytics menyebabkan kemahiran berfikir boleh diberi kepada teknologi. Apa yang penting adalah kemahiran menjadi manusia. Emotional intelligence. Empathy, perspective taking. Ini merupakan perkara yang teknologi belum lagi boleh buat.

5. Sebab itu zaman sekarang sibuk orang bercakap tentang experience economy. Customer service dan customer experience sangat penting. Hanya dengan memahami emosi manusia kita dapat mencipta perniagaan yang menguntungkan.