Sunday, November 19, 2017

Teknologi dan Kerjaya

1. Teknologi sentiasa merubah dunia. Teknologi bukan sahaja merubah lifestyle, teknologi juga boleh mencipta pekerjaan dan boleh menghilangkan pekerjaan.

2. Semasa telefon dikomersilkan, terdapatnya pekerjaan baru iaitu operator telefon. Beribu orang dapat manfaat dengan satu pekerjaan iaitu cucuk-cucuk line untuk disambungkan.

3. Sekarang, apabila teknologi ditambah baik, jawatan operator telefon sudahpun lenyap dari muka bumi.

4. Kitaran ini terus berlaku pada hari ini. Ada pekerjaan yang sangat berisiko untuk kehilangan disebabkan terdapatnya kemajuan ekonomi.

5. Dalam buku 'A Whole New Mind', Daniel Pink meramalkan pekerjaan RUTIN merupakan pekerjaan yang berisiko tinggi. Apa sahaja yang boleh diletakkan kepada step-by-step, merupakan pekerjaan paling berisiko kerana dua perkara: OUTSOURCE atau AUTOMATE. Sama ada kita boleh beri kepada mereka yang boleh buat dengan harga lebih murah, atau kita cipta sistem untuk mengambil alih kerja tersebut.

6. Malaysia menyasarkan untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Itulah yang termaktub dalam Economic Transformation Programme (ETP).

7. Untuk mencapai kedudukan tersebut, salah satu daripada perkara yang tidak boleh di'outsource' atau automote adalah pengunaan otak kanan.

8. Belum ada mesin yang boleh dicipta (at least buat masa sekarang) untuk mencipta lagu, menjadi pendengar yang baik, dan berkarya.

9. Industrial Revolution 4.0 akan membuatkan banyak pekerjaan hilang dan sekiranya kita tidak upgrade atau berhijrah ke satu pekerjaan yang tidak dapat diambil alih, kita mungkin berisiko untuk kehilangan pekerjaan.

10. Ini apa yang Seth Godin maksudkan dengan bukunya Linchpin - Are Your Indispensible? Adakah kita boleh digantikan? Sekiranya kita boleh digantikan, oleh teknologi, atau oleh orang lain yang lebih murah, kita dalam keadaan berisiko.



#johanirwan #selfreminder #leapleaders