Sunday, April 24, 2016

7 Rahsia komunikasi oleh Dr. Zakir Naik

Kebelakangan ini Dr. Zakir Naik telah menjadi sebutan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Semua ini gara-gara pembatalan program beliau di UTeM setelah diumumkan oleh ketua polis negara atas sebab-sebab tertentu, dan ia menjadi viral di laman media sosial.

Memang Dr. Zakir Naik merupakan salah seorang communicator yang hebat. Beliau dapat berbicara dengan persuasif sehingga ramai orang pasti akan terpegun dengan cara beliau berdebat dan berkata-kata. Mungkin ramai yang gemar mendengar beliau berhujah secara langsung dihadapan ribuan penonton. Kali ini saya ingin mengupas video dibawah dan berkongsi beberapa isi penting dan teknik yang digunakan beliau dalam berhujah, semoga ianya akan menjadi pengajaran buat kita, Inshaallah.



1. Listen attentively - mendengar dengan penuh perhatian dan minat
Apabila seseorang bertanyakan soalan, kebanyakkan orang mendengar untuk menjawab soalan tersebut. Apa yang Dr. Zakir lakukan adalah dengar dengan penuh perhatian dan minat di mana anda boleh lihat daripada 'eye contact' beliau kepada si penanya soalan. Kemahiran mendengar bukan sahaja memahami apa soalan yang ditanya, tetapi juga memahami perspektif si pendengar.

2. Acknowledge the question is good - mengiktiraf soalan yang dikemukakan itu adalah bagus.
Soalan yang baik adalah sangat subjektif. Walau apa juga soalan yang diajukan, tiada istilah soalan bodoh. Ini kerana perspektif seseorang itu sangat berbeza dengan perspektif kita. Dalam erti kata lain, kita mempunyai realiti kehidupan yang berbeza. Mengiktiraf soalan itu soalan yang baik menunjukkan kita faham kenapa beliau bertanyakan soalan tersebut dan penting untuk ianya dijawab.

3. Repeat the question - Ulang semula soalan yang ditanya
Mengulang kembali soalan mempunyai satu kuasa yang sangat persuasif. Banyak kajian telah dijalankan tentang perkara ini. Dalam NLP ia dipanggil matching and mirroring. Social scientist pula memberi gelaran mimicking. Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap restoran, mereka membuat kesimpulan bahawa mereka yang ulang kembali menggunakan perkataan (keyword) yang sama dengan pelanggan yang membuat order, mereka mendapati kadar tips yang diberikan meningkat sebanyak 70%. Ianya seolah-olah memberitahu subsconcious mind - "you understand me!"