Monday, March 25, 2019
Komunikasi Warna - Perjalanan Penuh Liku
Komunikasi Warna telah diterbitkan pada Januari 2019. Tetapi perjalanan buku ini sebenarnya bermula pada tahun 2013 lagi.
Selepas saya membuat keputusan untuk berhenti kerja, salah satu KPI yang saya tetapkan untuk diri saya adalah dengan menulis sebuah buku. Pagi petang siang malam saya bertungkus lumus menulis. Bahkan saya masih ingat, semasa menunggu kereta diservis, saya bersama laptop menulis buku pada ketika tersebut.
Selepas siap menulis, saya pun pergi mencuba nasib kepada penerbit buku. Ada beberapa yang saya cuba untuk berhubung. Kebanyakkan tidak memberikan maklum balas. Dan salah satu daripadanya apabila saya menelefon pejabat, mereka bertanyakan manuscript. Saya jawab saya boleh emailkan. Sebelum itu, beliau bertanya penulisan saya berkenaan apa? Jawab saya Colored Brain. Terus beliau merespond, tajuk kamu ni tak boleh dijual. Saya kata, tapi puan belum tengok manuscript saya lagi. Katanya, takpe lah. Sebab tajuk kamu tu memang tak boleh dijual.
Tahun 2014, atas undangan salah seorang sahabat, saya menghadiri Open House Raya beliau di Shah Alam. Dan salah seorang jemputan beliau adalah pengasas kepada syarikat penerbit tadi. Saya pun sangat ghairah kerana beliau duduk makan di sebelah saya yang kebetulan kosong pada ketika itu.
Selepas membina sedikit rapport, saya pun membuka cerita yang pernah saya nak hantar manuskrip, tetapi mereka menolak. Jawab beliau positif, "wah, kami memang mencari penulis. Apa kata kamu hantarkan manuskrip pada saya, biar saya tengok dulu." Jawab saya gembira, sudah tentu! Tetapi sebelum apa-apa beliau sudah bertanya, "tajuk apa yang kamu tulis?" Jawab saya "Colored Brain." Beliau terus memaklumkan bahawa "tajuk kamu ni memang tak boleh nak jual. Masyarakat di Malaysia masih belum terbuka lagi untuk membaca topik macam tu."
Sedih dengan jawapan tersebut, saya parking tepi projek buku. Apatah lagi disebabkan training yang banyak terpaksa saya conduct, saya cuba fokus dalam kerjaya saya sebagai trainer.
Tahun lepas (2018), saya mula melihat semula manuskrip yang sudah berhabuk dalam hard disk. Saya merasakan pengetahuan saya pada tahun 2013 sudah banyak berbeza selepas lima tahun. Saya membuat keputusan untuk menulis semula.
Alhamdulillah, tahun 2019 (walaupun delay dari perancangan untuk terbit bulan 10 2018), saya berjaya menerbitkan buku. Dan kali ini tidak bergantung kepada mana-mana penerbit. Sayalah yang menulis, saya membuat formatting, saya juga design cover, saya juga mendaftar ISBN, saya juga yang berurusan dengan printer, saya juga yang membangunkan laman sesawang www.komunikasiwarna.com dan dengan bantuan team kami mempromosikan buku. Mereka yang membantu dalam logistik penghantaran dan follow-up dengan pelanggan yang menempah. Alhamdulillah, dalam masa 3 minggu 200 naskah telah terjual.
Paling memberikan kesan terhadap saya adalah apabila ramai memberikan maklumbalas kandungan buku sangat membantu mereka memahami konsep dan mereka membaca dari cover-to-cover. Apatah lagi mereka yang tolong mempromosikan kepada kawan-kawan mereka dan mengesyorkan mereka untuk membeli.
Terima kasih tidak terhingga kerana sokongan anda semua dalam perjalanan menerbitkan buku ini. Saya harap ia akan memberikan impak kepada setiap pembaca yang membaca dan semoga ilmu yang dikongsikan memberikan manfaat, dan dapat dibekalkan di sana esok.
Dan saya akan buktikan kepada penerbit tersebut, rakyat Malaysia sebenarnya sudah bersedia untuk topik ilmiah - bukan topik "Bagaimana Buat Duit" atau "Jutawan Sekelip Mata" sahaja yang boleh dijual di pasaran.
Sekiranya anda ingin mendapatkan senaskah, sila layari www.komunikasiwarna.com
Labels:
#johanirwan,
Arthur Carmazzi,
colored brain,
directive communication,
Kepimpinan,
komunikasi,
Komunikasi Warna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lucky Club: Live Casino site review for UK players
ReplyDeleteLucky Club's game library includes luckyclub bingo, blackjack, poker, keno, roulette, and video poker. It is also the best live casino on the net.