1. Mula pandemik covid-19, Zoom tiba-tiba menjadi satu platform paling famous seantero dunia. Ramai yang kata dunia akan berubah ke arah virtual.
2. Salah seorang sahabat saya berkata, selepas tamatnya pandemik beliau akan meminta client untuk bermesyuarat dengan zoom sahaja. Jimat masa travel, toll, parking dan sebagainya.
3. Malah pada bulan April, CEO Morgan Stanley berkata di masa hadapan, bank tak perlukan 'real-estate' yang banyak untuk beroperasi. "We've proven we can operate with no footprint" katanya.
4. Ini sedikit sebanyak memberi isyarat kurang baik pada pasaran hartanah. Bayangkan kalau semua boleh bekerja secara remote, apa perlunya bangunan pencakar langit untuk menempatkan pekerja yang work-from-home?
5. Tapi itu bulan empat. Sekarang rata-rata dah sampai tahap tepu dengan melihat skrin. Dalam erti kata lain, ramai yang mengalami 'Zoom Fatigue'. Malah banyak CEO syarikat besar yang pada mulanya menyokong meeting secara virtual, rata-rata complain dengan virtual meeting.
6. Virtual meeting kebanyakkannya bersifat transactional, dan tidak meransang pemikiran kreatif. CEO JPMorgan Chase, Jamie Dimon berkata "there's no vital 'creative combustion' happening in virtual settings." Beliau menambah, "bringing people back to the office is paramount to fostering creativity."